Beberapa hari yg lepas, tengah saya berfikir mencari falsafah mengenai belajar, tercetus la suatu pemikiran yang saya cukup yakin akan kebenarannya..Oleh itu, saya akan kongsikannya disini..
Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita, kita sentiasa menuntut ilmu..dalam erti kata lain, kita sentiasa belajar..perkara ini makruf dikalangan kita..hal ini berlaku disebabkan oleh fitrah insan itu sendiri iaitu sentiasa perlu untuk belajar bagi mengetahui sesuatu perkara..
Biar saya kecilkan skop menuntut ilmu ini dari aspek seorang pelajar..tak kira la pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar university (glamornya dengan panggilan mahasiswa @ mahasiswi..hehe..) dan yg sama dengannya..:-)
Konsep yg saya nak sebutkan seperti mana tajuk diatas, (Konsep Menuntut Ilmu Itu Mudah) ialah :
1) Faham
2) Hafal
3) Kreatif (pengaplikasian)
ok..biar saya jelaskan..
walaupun "examination" @ peperiksaan bukanlah tujuan utama dalam belajar @ menuntut ilmu, kerana tujuan utama menuntut ilmu adalah untuk diamalkan..mendapatkan kebaikan daripadanya dan menghindarkan keburukan melaluinya..namun begitu, tidak dinafikan bahawasanya "examination" @ peperiksaan itu adalah suatu elemen penting dalam pembelajaran..kerana melaluinya lah kita dapat mengukur sejauh mana pengetahuan dan penguasaan kita ttg apa yg kita belajar..
Penjelasan perkara : 1) Faham
Dalam aspek seorang pelajar, kita perlu untuk memahami apa yg kita belajar terlebih dahulu..saya percaya jika seorang pelajar itu boleh memahami sepenuhnya apa yg dia pelajari, dia boleh lulus dalam peperiksaan yg dihadapinya..dalam erti kata lain, faham sahaja sudah boleh meluluskan seseorang itu dalam peperiksaan yg dihadapinya..dengan syarat dia betul-betul faham @ faham sepenuhnya..
Penjelasan perkara : 2) Hafal
Hafal MESTI diiringi dengan faham..hafal sahaja tak cukup dan mungkin situasinya lebih bahaya kerana tanpa kefahaman, seseorang itu mungkin boleh menukar @ menterjemah @ mentafsir suatu yg betul kepada salah..hal ini berlaku kerana wujudnya ketidakfahaman atau salah faham ttg sesuatu perkara..
Saya ulangi, HAFAL MESTI DIIRINGI DENGAN FAHAM..jangan menghafal sesuatu perkara kalau kita tidak faham..kerana ia boleh mengundang bahaya..
Melalui hafalan, seseorang itu mampu mengingat dan mengeluarkan ilmu yg dipelajarinya disaat diperlukan..Bagi menguasai sesuatu pembelajaran, perkara ini adalah elemen yg cukup penting..
Namun begitu seorang pelajar itu masih belum menguasai pembelajarannya tanpa wujudnya elemen ketiga iaitu : KREATIF
Penjelasan perkara : 3) Kreatif
apa yg saya maksudkan dengan kreatif disini ialah keupayaan dan kemahiran seseorang dalam menyimpan ilmu, mengaplikasikan ilmu, mengeluarkan ilmu disaat diperlukan, mengolah dalam bentuk ayat dan penulisan, dan menjelaskan kepada orang lain apa yang telah dipelajarinya..
Wujudnya kreatif menjadikan seseorang itu dapat menjawab peperiksaannya dengan mudah..
Jika seorang pelajar itu ingin mendapatkan keputusan yg cemerlang dalam pelajaran, dia mesti menguasai penuh apa yg dipelajarinya..Penguasaan ini meliputi kefahaman penuh, hafalan dan kreatif..Saya cukup yakin inilah faktor utama dalam kecemerlangan seseorang dalam pelajarannya..
Namun begitu saya tidak nafikan wujudnya unsur luar seperti keberkatan ilmu..keberkatan dalam menuntut ilmu itu adalah perkara yg sgt penting kerana ia adalah datangnya daripada sang pencipta yang maha Esa iaitu Allah s.w.t
Keberkatan pada ilmu yang telah kita pelajari adalah tanda keredhaan Allah pada usaha kita dalam menuntut ilmu..
3 perkara asas yang saya nyatakan diatas adalah konsep yang mudah dalam menuntut ilmu..jika masih tak faham, sila baca semula apa yang saya telah jelaskan diatas..
3 konsep ini adalah sebagai usaha kita dalam menuntut ilmu..Selebihnya kita serahkan pada Allah Taala..disinilah wujudnya tawakkal kita pada Allah Taala..moga apa yang dipelajari mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya..
carta ringkas:
Faham sepenuhnya = Lulus peperiksaan
Faham sepenuhnya + Hafal + Kreatif = Cemerlang
insyaAllah..semoga kejayaan bersama kita..
HARAP MAAF!!!
Blog ini tidak akan dibangunkan lagi..
Saya telah memberi sepenuh perhatian pada website saya..
Sila ke website saya di WWW.ADENANPADIL.COM
Terima kasih atas kunjungan anda!
Jumpa disana!
Wassalam..
Blog ini tidak akan dibangunkan lagi..
Saya telah memberi sepenuh perhatian pada website saya..
Sila ke website saya di WWW.ADENANPADIL.COM
Terima kasih atas kunjungan anda!
Jumpa disana!
Wassalam..
Konsep Menuntut Ilmu Itu Mudah
Posted by
MBS - Ku Musafir
Thursday, December 31, 2009
falsafah menuntut ilmu,
kewajipan menuntut ilmu,
konsep ilmu,
konsep menuntut ilmu,
perkara penting dalam menuntut ilmu,
rukun ilmu
salam.
nk komen...
best la artikel ini.
bersemangat la pulak, teringat masa belajar dulu.
yang paling penting adalah niat kerana Allah n Berkat.
Alhamdulillah..
silakanlah komen..berbesar hati saya menerimanya.. :-)
salam..saya amat bersetuju.....terima ksih....elemen yg ketiga itu yg tiada pd sy dan mgkn kegkawan yg lain
w'salam..
sama2..elemen ketiga tu kita kena pupuk dan latih diri kita senanya..
insyaAllah sesiapa pun bleh kuasai elemen ketiga tu..chayok2.. :-)