Lazim mengetahui Zulhijjah itu adalah salah satu daripada bulan-bulan dalam kalendar Islam dan ia merupakan bulan yang terakhir dalam kalendar tahun hijrah. tahun ni adalah merupakan tahun yang ke 1430 Hijrah..
Bercakap mengenai bulan Zulhijjah..entri kali ini saya akan coretkan serba sedikit maklumat mengenai bulan mulia ini..Bulan Zulhijjah adalah di antara empat bulan mulia yang telah ditetapkan Allah tentang kedudukannya selepas bulan Zulkaedah di dalam Al-Quran. Ia mempunyai banyak keistimewaan dan banyak perkara penting berlaku dalam bulan ini.
Ia dinamakan Zulhijjah kerana mengandungi ibadat haji. Mujahid telah berkata didalam kitab tafsirnya ; "sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram (bulan mulia) adalah menambah kekafiran". Maksudnya : Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab merupakan bulan-bulan yang mulia. Pada bulan-bulan tersebut tidak boleh berlaku pertumpahan darah (permusuhan). Tetapi peraturan tersebut telah dilanggar oleh mereka (orang-orang Musyirikin). Mereka mengadakan peperangan di bulan Muharram dan menjadikan bulan Safar sebagai bulan yang dihormati untuk menggantikan bulan Muharram. Sekalipun bulan-bulan yang mulia ialah empat bulan yang telah ditetapkan oleh Allah, tetapi dengan perbuatan Arab itu telah membuatkan mereka menjadi kacau bilau kerana bulan-bulan tersebut adalah merupakan bulan tumpuan untuk perniagaan.
Oleh sebab itu dikatakan ; Hajilah kamu bulan Zulhijjah dua tahun, kemudian haji bulan Muharram dua tahun kemudian pada bulan safar dua tahun. Mereka menunaikan haji pada setiap tahun dan setiap bulan 2 kali, sehingga terhentinya ibadat haji. Abu Bakar As-Siddiq menunaikan haji pada bulan zulkaedah, slepas itu nabi Muhammad s.a.w menunaikan haji dimulakan pada bulan Zulhijjah.
bersambung pada entri yang akan datang....nantikan ye..;-)
HARAP MAAF!!!
Blog ini tidak akan dibangunkan lagi..
Saya telah memberi sepenuh perhatian pada website saya..
Sila ke website saya di WWW.ADENANPADIL.COM
Terima kasih atas kunjungan anda!
Jumpa disana!
Wassalam..
Blog ini tidak akan dibangunkan lagi..
Saya telah memberi sepenuh perhatian pada website saya..
Sila ke website saya di WWW.ADENANPADIL.COM
Terima kasih atas kunjungan anda!
Jumpa disana!
Wassalam..
Sedikit coretan mengenai bulan Zulhijjah
Posted by
MBS - Ku Musafir
Saturday, December 5, 2009
erti zulhijjah,
kisah bulan zulhijjah,
pengertian zulhijjah,
sejarah bulan zulhijjah
0 comments