HARAP MAAF!!!

Blog ini tidak akan dibangunkan lagi..
Saya telah memberi sepenuh perhatian pada website saya..

Sila ke website saya di WWW.ADENANPADIL.COM

Terima kasih atas kunjungan anda!
Jumpa disana!

Wassalam..


Suatu perkara yg adalakanya menjadi penghalang kepada sesuatu tindakan atau perubahan yang hendak diambil ialah “menunggu keadaan selesa”

maksud menunggu keadaan selesa ini adalah umum..pelbagai perkara boleh ditafsirkan mengenainya..

apa yg ingin saya sampaikan ialah bilamana kita perlu untuk melakukan sesuatu @ perubahan dalam hidup kita, kita mestilah melakukannya walaupun sedikit bermula dari detik azam itu dibuat..disinilah letaknya “ISTIQAMAH”

contoh mudah begini :

Amin ingin membuat satu perubahan baru dan kekal dalam hidupnya. Dia berazam untuk membaca 2 muka surat Al-Quran setiap kali lepas solat. So, dia pun mulalah melaksanakan azam tersebut hingga berlanjutan beberapa hari..

Pada suatu hari Amin berasa malas nak baca Al-Quran lepas solat..so, dia pun tak baca..sedar tak sedar, hari itu terus berlalu..hanya disebabkan mengikut “malas”, dia tak membaca Al-Quran pada hari itu..Esoknya dia masih rasa malas nak baca Al-Quran, dan trus layan kemalasannya..

Pada suatu ketika selepas daripada hari2 itu, dia tersedar yg dia telah berhenti daripada melaksanakan azam baru yg telah menjadi amalan hariannya sebelum ini..

So, dia pun bermula blik untuk membaca Al-Quran selepas solat.. Walaupun tersedar dari kesilapannya, Amin rasa rugi pada hari-harinya yg lepas yg mana dia tak membaca Al-Quran pada ahri-hari tersebut. Banyak mukasurat Al-Quran yg dia mungkin telah baca jika dia tidak berhenti beberapa hari yg lepas..

Nasib baik cuma beberapa hari, bagaimana kalo berlanjutan selama beberapa minggu atau beberapa bulan?…. fikir-fikirlah sendiri k..

Kembali pada tajuk yg saya letakkan pada penulisan kali ini, bagi melaksanakan suatu azam @ perubahan dalam hidup, kita kenalah Istimah (bersungguh-sungguh dan berterusan)..jangan hanya melaksanakan sesuatu hanya bila keadaan kita selesa..bila keadaan tak selesa, terus diabaikan perkara tersebut..

Jika kita menghadapi keadaan yg tidak selesa (cthnya malas), jangan diturutkan seratus peratus..cuba lawan dan kekalkn posisi asal kita..Contohnya dalam kes Amin kat atas, walaupu dia rasa malas nak baca Al-Quran, tak semestinya dia meninggalkan amalan tersebut..sepatutnya dia meneruskan amalan tersebut walaupun cuma membaca separuh daripada muka surat Al-Quran..yg penting amalan itu tetap diamalkan dan dilaksanakan..barulah perubahan yg ingin dilakukan keatas diri akan menjadi kekal..

Contoh kedua pula, Kamil ingin menjadi seorang yg murah tangan & suka bersedekah..tapi pada ketika itu dia tak mempunyai duit yg banyak untuk bersedekah..so, dia pun tak bersedekah dengan alasan duit tak banyak..

perkara ini berlanjutan hinggalah beberapa bulan..pada ketika itu, keadaan kamil masih jua seperti sebelumnya iaitu takde duit bnyak..

dalam kontek ini, kamil sebenarnya menyempitkan konsep bersedekah..dia sepatutnya bersedekah walaupun sedikit..mungkin bukan RM10 @ RM20 setiap kali bersedekah, tapi cukup la dengan RM1 & RM0.50 setiap kali bersedekah..bayangkan jika amalan ini berterusan, sudah tentu banyak yg telah disedekahkan walaupun setiap kali sedekah nilainya sedikit..yg penting niatnya utk bersedakah itu dilaksanakan dengan ikhlas.

jika dia berterusan berbuat demikian, secara tidak langsung dia telah berjaya mendidik dirinya untuk berubah menjadi org yg murah tangan & suka bersedekah. Dalam ertikata lain, dia juga telah berjaya melaksanakan azamnya iaitu ingin menjadi “Orang yg murah tangan & suka bersedekah”

Namun begitu dia gagal berbuat demikian kerana alasan “duit tak banyak”.. Dalam erti kata lain, keadaan tak selesa untuk bersedekah..

Saya ingin bertanya, tahukah anda bila kah masanya anda akan berasa selesa??

Anda mungkin tahu dan mungkin tidak tahu bilakah masanya anda akan berasa selesa. Hidup sebagai manusia di dunia fana ini, kita seringkali dikejutkan dengan keadaan yg mengganggu situasi asal kita seperti yg mana situasi tersebut bukanlah apa yg kita harapkan..

Jadi, situasi tidak selesa itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja..jangan jadikannya suatu alasan untuk kita tidak melakukan sesuatu yg kita sewajarnya lakukan..

Point penting kat sini, jika kita tahu bahawa kita perlu untuk berubah @ melakukan sesuatu tugas, kita sepatutnya melaksanakannya walaupun sedikit.. Bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama menjadi bukit”..

Sekurang-kurangnya masih ade hasil dengan melakukan sesuatu daripada tidak melakukannya..

“Lebih baik ada daripada tiada”

* nama-nama diatas hanya sebagai contoh sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapapun..

0 comments