HARAP MAAF!!!

Blog ini tidak akan dibangunkan lagi..
Saya telah memberi sepenuh perhatian pada website saya..

Sila ke website saya di WWW.ADENANPADIL.COM

Terima kasih atas kunjungan anda!
Jumpa disana!

Wassalam..


Perkara yang seringkali berlaku dalam kehidupan seharian kita yg perlu kita ingat selalu ialah "kelekaan"..Dalam pengertian yang lain, ianya juga diertikan dengan "kealpaan"..

2 perkataan, satu makna yang sama..Perasan atau tidak, perkara ini kerap terjadi pada diri & kehidupan seorang insan..takkan lari dari lumrah kehidupan kita..saya sendiri merasainya kerna saya juga insan biasa..

namun begitu "kelekaan @ kealpaan" lebih cenderung utk kita sandarkan pada perkara negatif. sebenarnya tidak semua kelekaan itu bererti negative..ade juga kelekaan kita berlaku pada perkara positif @ baik.

Contoh kelekaan boleh saya berikan seperti :

1) leka merokok, hinggakan duit simpanan pun habis digunakan utk beli rokok
2) leka buat benda baik, hinggakan takde masa nak buat benda yang sia-sia @ buang masa
3) leka bersukan, hinggakan waktu solat diabaikan.

banyak lagi contoh yang boleh kita buat dalam hal kelekaan @ kealpaan ni..bgi kes yang pertama diatas, mmg telah jelas kepada kita leka tu tak baik dan membawa kesan negatif pada diri kita. Kes yang kedua pula, jenis kelekaan dari sudut yg positif..yang mana kesannya pun akan membawa pada kesan yang positif. Bagi kes yang ketiga pula, asal perkara tersebut ialah benda yang baik..iaitu bersukan..tpi disebabkan wujudnya kelekaan pada perkara tersebut, ianya berubah menjadi perkara yang tak baik apabila wujudnya kesan yg tidak baik daripada kelekaan tersebut..Asal benda baik berubah menjadi tak baik..

Kita sewajarnya beringat selalu pada diri kita sendiri & mereka yg disekeliling kita agar tidak leka pada sesuatu benda sahaja, hinggakan perkara yg lain diabaikan..saya menulis ini bukanlah untuk menunjukkan bahawasanya saya tidak pernah @ jarang menghadapi situasi ini, saya juga menghadapi situasi ini iaitu "leka @ alpa"..jadi, entry ini adalah sebagai ingatan kepada diri saya sendiri & pembaca2 blog ini.

Kelekaan itu wujud disebabkan banyak benda @ faktor. Tapi faktor yang lazimnya wujud adalah "fokus" & "seronok"..memang telah menjadi sifat manusia suka melakukan kerja yg dia sendiri minat & suka. cumanya kadang2 keterujaan kita pada sesuatu perkara itu boleh membawa kesan yang negatif jika tidak dihakimi dengan adil. Maksud saya "dihakimi dengan adil" disini ialah difikirkan, diseimbangkan & ditetapkan dengan bijak & betul.

Oleh itu, kita sendiri yang kena bijak dalam setiap tindakan keputusan yang kita buat & setiap tindakan yang kita ambil. Saya memilih tajuk ini untuk saya karang walaupun ringkas, sebab KELEKAAN @ KEALPAAN bukanlah perkara main-main atau perkara gurauan dalam kehidupan kita.

Sebab itu fokus kita pada setiap benda yg kita buat itu perlu wujud. Cumanya jangan sampai fokus itu menjadi perkara yang tidak baik jika fokus itu membuatkan kita lupa pada tugas @ keutamaan kita pada perkara lain.

Seimbangkanlah setiap amalan harian kita dengan kewajipan & keperluan sekeliling kita. Jangan sampai berlakunya seperti kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

Suka untuk saya menjemput pembaca sekalian agar membaca dan mengambil iktibar dari kisah bola pingpong dan balang kaca..

0 comments