Mengimbau kembali memory lama, blog ini adalah blog pertama saya. Maksud saya pertama disini bukanlah blog pertama saya buat. tak! bukan itu maknanya..Adapun blog pertama yg saya maksudkan adalah blog peribadi saya yg pertama. Sebelum blog ini diwujudkan, banyak juga blog-blog lain yg saya telah buat. Namun bukanlah menjadi blog peribadi kerana blog-blog tersebut adalah blog "trial & error" saya.
Maksudnya ialah blog-blog tersebut saya gunakan utk tujuan-tujuan lain & eksperimen-eksperimen online saya sebelum.
Alhamdulillah, blog ini masih lagi hidup dalam dunia maya ini hingga hari ini. Walaupun kehidupan blog ini ibarat hidup segan mati tak mahu, tapi blog ini tetap mempunyai masa depan & cita-cita yg tinggi utk dibangunkan. InsyaAllah.
Bermula hari ini, blog ini tidak akan kembali hidup kerana "Aku Seorang Blogger" telah muncul. Tau tak sape tu? haha.. Sayalah tu..haha..nak tau lebih lanjut ttg "Aku Seorang Blogger", bleh baca kat sini http://www.adenanpadil.com/blog/aku-seorang-blogger/
Blog ini pernah dihostkan bawah domain www.adenanpadil.co.cc. Pada ketika itu, saya belum lagi mempunyai domain sendiri sepertimana sekarang. Setelah memikirkan kepentingan masa panjang, blog ini dikembalikan kepada domain www.adenanpadil.blogspot.com. Iaitu domain sekarang ini.
Pernah dengar atau baca "MBS - Ku Musafir" ?? pernah jumpa tak nama tu di internet?? hehe.. Tu adalah nama pena saya utk blog ini. MBS tu adalah ringkasan kepada "Musafir Di Bumi Syam" yg juga merupakan nama blog ni. KU MUSAFIR tu plak adalah saya sendiri. Perantau di bumi syam ni. Bila digabungkan jadilah MBS -Ku Musafir. Tu lah dia nama pena saya utk blog ni.
Utk mengetahui & membaca lebih lanjut penulisan-penulisan online saya, silalah kunjungi mana-mana blog saya ni k.
Pautan utk ke blog saya sediakan dibawah :
Terima kasih kerana membaca. Salam Ukhwah! :-)
0 comments