Jangan beranggapan “down” yg saya maksudkan ini adalah jatuh..Apa yg saya maksudkan dengan perkataan “down” disini ialah situasi seseorang yg membuatkan dirinya berasa tak bersemangat utk melakukan sesuatu urusan @ menjalani kehidupan seharian.
Kebanyakan daripada kita biasa menghadapi situasi ini. Hal ini kerana kita akan snts dihadapi masalah dalam kehidupan kita. Namun, masalah itulah yg akan mendewasakan kita jika menanganinya dengan cara yg bijak @ baik. Masalah yg tak ditangani selalunya akan menjadikan seseorang itu bersikap “loser” @ pengalah..
Disaat kita menghadapi situasi “down”, apa yg perlu kita lakukan ialah :
1) Muhasabah Diri
- Jika kita muhasabah diri kita, kita akan mengimbau kembali apa yg telah kita lakukan. Selalunya, dengan bermuhasabah diri kita akan mendapat jawapan kepada “penyebab” bagi masalah yang sedang kita hadapi. Bila dah tahu sebab, maka akan dapat la kita jawapannya iaitu “akibat”. Itulah pentingnya kita bermuhasabah diri. Dalam istilah lain musahabah juga sering dikenali @ disebut sebagai “port mortem”.
2) Take Note
- Ini penting! kenapa saya katakan ini penting? haaa!! ini kerana apabila kita “take note” @ buat nota @ buat catatan, kita secara tidak langsung telah bertindak menyimpan maklumat @ perkara yg kita fikirkan dan menafsirkannya dalam bentuk tulisan. Apa-apa pun yg kita fikirkan, biasanya akan hilang dari ingatan dalam masa 48 jam. Itu sebablah mengapa kita perlu “take note”. Supaya apa saja buah fikiran yg kita dapat daripada bermuhasabah diri akan kekal & tidak hilang begitu sahaja.
3) Ambil Iktibar & Buat Perancangan
- haaa!! yg ini pun penting. Ambil iktibar daripada pengajaran yg kita dapat hasil daripada muhasabah diri. Bila kita ambil iktibar, secara tidak langsung kita telah menyedarkan diri kita pada kesalahan & kesilapan yg kita telah buat. Lepas tu, kita buat perancangan. Perancangan kat sini adalah penyelesaian kepada permasalah yg kita hadapi. Nak selesaikan masalah, kenalah ade perancangan. Takkan masalah boleh selesai camtu je kan?
4) Bangkit semula @ bertindak @ take action
- Part ni pun penting, sama macam part-part sbelum ni. Tapi part ni yg plg penting!
kenapa???? haa! ini kerana tanpa tindakan yg diambil, tiada hasil terhadap apa yg telah kita rancangkan. Ramai org pandai merancang & bijak dalam merancang. Tapi tak ramai yg bijak dalam melaksanakan. Hal ini kerana untuk melaksanakan sesuatu perancangan, kita perlu kepada kekuatan & cetusan dalaman supaya kita sentiasa kuat & istiqamah untuk melaksanakan apa yg sepatutnya kita buat. Sebab tulah banyak dikalangan mereka-mereka yg berjaya berkata, perkara paling penting yg mereka pernah lakukan dalam hidup mereka adalah “bertindak”.
5) Tawakal Pada Allah.
- Jangan sekali-kali kita abaikan Allah. Dia Tuhan Yang Satu, segala urusan kita, hendaklah kembali pada Allah. Berdoalah & mintalah pada Nya akan diberikan kita petunjuk & kekuatan.
FOKUS & ISTIQAMAH itu penting! Pastikan dua elemen ni sentiasa bersama anda walau apa jua situasi yg anda hadapi. Ringkasnya, 2 elemen ini akan banyak menjimatkan masa & kehidupan anda daripada terus dibazirkan. Saya cukup yakin dengan kenyataan ini. InsyaAllah, saya akan bercakap mengenainya pula dalam entry yg seterusnya…
0 comments